Fixed Gear

Mood : Baru jam 8 lebih,dah rase mengantok
Location : Ruang tamu rumah
Time : 8.33pm
In My Mind : Beratnya mata
Photo & Edit by : Syed Muhammad Hilmi Bin Syed Yahya (Beginner)
My Photography Page : SYED HILMI PHOTOGRAPHY
My Blog Fan Page : SYED HILMI BLOGSPOT


ASSALAMUALAIKUM....


Beberapa hari yang lepas,aku dan 2 orang rakan aku pergi ke Putrajaya bagi meraikan Hari Belia Negara. Dengan kesempatan itu,aku juga membawa kemera bersama untuk merakamkan saat-saat yang menarik di situ.


Pada hari itu, memang ramai remaja yang datang. Antara yang mendapat perhatian dari aku ialah remaja yang menunggang Fixed. Seawal 8 pagi lagi mereka sudah tiba di Putrajaya dan kebanyakan penunggang Fixed datang secara berkumpulan. Fixed yang mereka tungangi itu memang cantik-cantik dan berwarna-warni. Ada juga yang menambah atau mengubahsuai Fixed mereka untuk kelihatan menarik dan cantik.


Gambar di bawah ini adalah gambar yang menjadi pilihan lensa kemera aku. Aku berjaya merakam ketika pemilik fixed ini berhenti dihadapan aku dan sedang leka dengan telefonnya.