Berbuka bersama peminat fotografi

Mood : Keletihan...
Location : Ruang tamu rumah
Time :  10.00pm
In My Mind : Esok nak bersahur dengan famely...
My Photography Page : SYED HILMI PHOTOGRAPHY

ASSALAMUALAIKUM....

Hari ini adalah hari pertama aku berbuka diluar. ini kerana aku turut serta dalam kursus fotografi yang diadakan di Melaka. Pada kursus ini,macam-macam aku pelajari, lebih-lebih lagi cara mengunakan flash dengan betul.

Kursus ini tamat selepas berbuka puasa. Apa yang aku makan ketika berpuasa itu adalah roti nan, ayam tanduri,buah tembikai,buah limau dan air limau ais. Pada mulanya aku ingat setakat makan roti nan dan ayam tanduri itu tak kenyang,tapi sebaliknya pula sampai tak larat nak habiskan dibuatnya. Kalau anda tak percaya,ada buktinya di bawah ini dan gambar ini ditangkap mengunakan kamera handset.