Behind The Scene

Assalamualaikum....

Alhamdulillah,selesai sudah sesi pengambaran video iklan TV. Sekarang video yang telah dirakamkan ini dalam proses suntingan video & audio. Dipendekkan cerita baru 40% siap.

Ini adalah pengalaman kedua aku dalam penghasilan video TVC. Memang agak mencabar bagi aku, sebagai orang baru dalam bidang ini. Apa-apa pun aku berterima kasih kepada semua crew di belakang tabir yang terlalu banyak membantu dari mula sampai lah sekarang. Tanpa mereka semua ini tidak akan berjalan dengan lancar.