Melaka Wedding Photographer Official Website / Blog

Melaka Wedding Photographer (MWP )Official Website

Setelah lebih 5 tahun aku mengunakan Blog personal ini sebagai ruang untuk aku posting segala hasil kerja aku dalam bidang fotografi. Kini aku telah menghasilkan website / blog rasmi untuk memudahkan para pelanggan atau bakal pengantin untuk mengakses gambar-gambar & pakej terkini. Ini supaya ia lebih profesional dan tidak menyamakan ruang blog personal sebagai ruang kerja. Aku harap dengan penghasilan blog baru ini dapat memudahkan aku & para pelanggan untuk mengakses segala hasil kerja, pakej & sebagainya.

Untuk lebih lanjut boleh layari


Buat Header Bertukar-Tukar di Blog

Sudah lama rasanya tidak menukar header yang baru & hari ini aku cuba untuk design header dengan gambar-gambar aku sendiri. Ada sesiapa yang pernah buat header betukar-tukar? kalau nak tahu itulah header yang aku buat & ianya sama seperti header sebelum ini apa yang bezanya cumalah gambar. Header yang baru ini boleh di lihat di atas & ianya dalam format GIF. Software yang aku gunakan adalah Adobe Photoshop & mengambil masa untuk design header baru ini kurang dari 10 minit (jika sudah betul-betul mahir). Macam aku sendiri sudah lama tidak buat header macam ini, jadi agak terhegeh-hegeh & mengambil masa 1 jam!. Huaa!! lamanya!!!. maklum lah aku sudah tidak ingat step by step jadi aku ikut tutoriol dari Youtube.




Header yang lama


Header yang baru

Ok tak header yang baru? Ada sesiapa yang perlukan tutorial step by step untuk buat header seperti ini? kalau ada permintaan aku akan buat tutorial dalam bentuk video supaya lebih mudah untuk anda semua ikut & pelajari dengan lebih tepat.



Perkara Yang Masih Diingati Semasa Aktif Menulis Blog, Ben Ashaari & Nisa Kay.


Mungkin ada yang mengenali aku hanya di Blog ini & mungkin ada yang mengenai aku di Youtube sebagai Vlogger or Creator & Mungkin ada yang mengenai aku sebagai Photographer di Instagram atau di Facbook Page. Dari mana anda mengenai aku, itu semua tetap aku, cuma yang bezakannya dari medium mana yang anda semua mula mengenali aku.

Aku bermula dalam penulisan blog ini pada awal tahun 2010. Tetapi aku bermula aktif pada tahun 2011. Apa yang aku masih ingat sepanjang aku menjadi blogger adalah  blogger terkenal iaitu Ben Ashaari menulis sedikit mengenai aku. Apa yang Ben Ashaari tulis? Pada masa itu aku amat gemar mengedit gambar untuk header blog & header aku telah menarik perhatian Ben Ashaari untuk menulis sedikit mengenainya. Ini adalah Link entri dari Blog Ben Ashaari. 

Nisa Kay? Kenapa dengan Nisa Kay? pada waktu itu aku rajin terjah & komen entri dari blog Nisa Kay. Nak kata aku rapat dengan dia tu tidak, cuma sekadar kawan blogger. Dia pun turut komen pada entri Ben Ashaari mengenai Header di blog aku pada waktu itu.

Disebabkan entri dari Ben Ashaari aku sedikit dikenali oleh rakan blogger lain. Tetapi dikenali sebagai seorang blogger, bukan sebagai photographer.





Apa Yang Berlaku Kepada Aku Setelah Hampir 4 Tahun Tidak Menulis BLOG?



Setelah hampir 4 tahun tidak menulis blog dan menjadikan blog ini sebagai website Fotografi, kini aku mengambil keputusan untuk kembali aktif dalam penulisan blog. 

Kali pertama aku menulis blog pada awal tahun 2010 & ketika itu aku masih belajar di kolej. Ketika itu aku menjadikan blog ini sebagai ruang untuk aku kongsikan apa yang terjadi pada aku sebagai seorang pelajar. (hanya 1 entri) Ini adalah link entri yang pertama.

Selepas itu pada hujung tahun 2010 aku mula bergiat aktif kerana aku telah memilik sebuah DSLR pertama pada bulan oktober 2010 & apa yang seronoknya aku dapat menulis blog berserta dapat kongsikan gambar yang jelas sepanjang aktiviti yang aku lakukan ketika itu. Tetapi penulisan aku ketika itu agak teruk disebabkan dari pengaruh SMS. Jika dilihat kembali entri-entri yang lepas, boleh dikatankan agak kelakar dengan penulisan & ejaan ketika itu. 




ini adalah DSLR pertama yang aku gunakan

Ketika belajar di kolej, aku mempunyai masa yang banyak dan aku mengambil peluang itu untuk belajar sendiri teknik fotografi. Aku cuma mengharapkan turorial dari YOUTUBE & GOOGLE untuk belajar mengenai dunia fotografi & selebihnya aku "TRY & ERROR" kerana dari situ aku belajar dari kesilapan & memperbaikinya sendiri sedikit demi sedikit. 











Ini adalah gambar masa mula-mula menceburi bidang FOTOGRAFI

Selepas itu, aku dapat tahu yang rakan sekolah aku mahir dalam teknik MANIPULASI gambar. Aku mengambil peluang berjumpa denganya di sebuah kedai mamak sekitar MITC Melaka & belajar seditikit ilmu cara memanipulasi gambar.



Ini adalah gambar manipulasi yang pertama yang aku berjaya hasilkan.

Ketika di kolej, aku mempunyai seorang SENIOR yang mahir dalam EDITING VIDEO. Aku masih ingat lagi ketika itu. Aku pergi ke bilik senior & dia INSTALL software editing video SONY VEGAS dalam laptop aku & dia hanya tunjukkan cara untuk import video, cut video, cut audio & rander video. Selebihnya aku perlu belajar sendiri. Sama seperti fotografi, aku mengharapkan turorial dari YOUTUBE, GOOGLE & selebihnya aku "TRY & ERROR" untuk belajar menghasilkan video yang lebih baik. Ketika aku di semester 5/6 (tak ingat semester keberapa) aku telah di beri peluang untuk menghasilkan video korporat kolej & itulah kali pertama aku menghasilkan video yang berbayar. Ini adalah link video tersebut. Jika dilihat kembali, hasilnya tidak begitu baik tetapi untuk aku yang baru mula belajar dalam penghasilan video ketika itu ia adalah satu perkembangan yang baik sebagai seorang amatur videographer. Pada masa yang sama, aku & rakan-rakan sekelas telah menyertai pertandingan zakat sebagai satu assignment berkumpulan. Aku & seorang rakan aku berjaya menghasilkan video zakat & muncul sebagai finalist tetapi tidak berjaya mendapat tempat 10 terbaik. Ini adalah link video tersebut.

Selepas aku tamat pengajian di kolej, aku bergiat aktif sebagai jurugambar #amatur & aku mengambil gambar dari pelbagai genri contohnya Landscape, Portrait, Macro & sebagainya. Setiap Kali waktu petang, aku akan keluar pergi ke tempat-tempat menarik seperti di hutan rekriasi & pantai untuk memperbaiki teknik fotografi aku.








Ini adalah gambar setelah belajar pelbagai teknik FOTOGRAFI


Selepas itu aku diberi peluang untuk berkerja di salah sebuah syarikat fotografi perkahwinan & dari situ aku mula belajar cara untuk berbisnes & aku berkerja disitu tidak sampai 2 tahun. Dalam tempuh kurang dari 2 tahun, aku telah berjumpa ramai kawan dalam bidang yang sama & dalam tempuh itu juga aku belajar sedikit demi sedikit fotografi & video untuk memperbaiki & meningkatkan kemahiran aku ke level yang lebih baik.












Ini adalah hasil gambar setelah bekerja di sebuah syarikat fotografi perkahwinan di Melaka 

Dalam tempuh 2 tahun bekerja sebagai fotografi perkahwinan, sedikit demi sedkit aku mengumpul duit dari hasil shoot & aku gunakan duit itu untuk membeli komputer yang sering digunakan oleh jurugambar untuk editing foto & video. Apple Mac Book Pro 2011 itu lah laptop yang aku beli & aku belinya di mudah.my dengan kondisi terpakai kerana harganya yang murah. Mac Book Pro ini masih aku gunakan sehingga sekarang.

Selepas itu aku mendapat tawaran untuk menjadi jurugambar di sebuah universiti awam & aku masih bekerja di sini sehingalah sekarang. Di sini aku perlu & menyediakan gambar untuk kegunaan grafik, membuat liputan majlis & menghasilkan video pemasaran. Ini adalah Link video pemasaran yang telah aku hasilkan. Jika tiada kerja, aku mengambil peluang untuk belajar meningkatkan lagi skill aku dalam bidang fotografi & video dengan hanya bergurukan YOUTUBE, GOOGLE & selebihnya aku "TRY & ERROR". Pada waktu itu pula aku meminta untuk menghadiri kursus editing "Face To Face" dengan seorang freelance editor di Kuala Lumpur & ia dibiayai oleh pihak universiti.





Ini adalah hasil gambar setelah aku belajar teknik editing beauty.
Manakala pencahayaan aku belajar di youtube.


Pada hujung tahun 2016, rakan sekerja aku telah memperkenalkan aku seorang VLOGGER yang terkenal di YOUTUBE iaitu Casey Neistat. Aku menonton beberapa video dari vlogger tersebut & secara tidak sengaja aku berminat untuk menghasilkan video vlog seperti itu. Selang beberapa hari, aku memulakan vlog pertama aku hanya mengunakan kamera iphone 6Plus. Ini adalah link video vlog yang pertama. Pada ketika itu aku tidak tahu cara bagimana untuk memulakan video & merakam video di waktu yang sesuai. Aku mengambil keputusan untuk rakam video secara random & aku menjadikan Casey sebagai rujukan dari segi shoot & editing.

VLOG yang ke-6. Aku mengambil keputusan untuk membeli kamera yang sering digunakan oleh vlogger-vlogger lain iaitu camera CANON G7X. Ini adalah link video tersebut. Kamera yang aku beli ini hanyalah kamera terpakai. Kanapa aku pilih kamera terpakai? Aku memilih untuk membeli kamera terpakai ini kerana faktor harga 2 kali lebih murah dari harga yang baru. Tetapi sebelum membeli, aku perlu memastikan kondisi kamera itu dalam keadaan yang baik dengan hanya melihat luaran (jika ada sebarang kesan calar atau jatuh) & dalaman (cuba merakam & menekan mana-mana butang bagi memastikan semunya berfungsi). Kamera Canon G7X ini masih aku gunakan sehingga sekarang & dengan kamera ini aku telah berjaya menghasilkan lebih 160 video termasuk video Vlog & Filem Pendek.

Itulah serba sedikit perjalanan hidup aku selepas hampir  4 tahun tidak menulis blog & perjalanan hidup aku dalam bidang fotografi. Aku mula berjinak-jinak dalam duni fotografi dari tahun 2010 & sekarang sudah masuk tahun 2018, boleh dikatakan banyak perkara yang aku telah belajar dan kuasai daripada teknik mengambil gambar, video & juga editing. Yang penting bagi aku adalah minat. Bila kita minat, kita akan usaha dengan gigih untuk berjaya dalam bidang yang kita ceburi. 


Sebelum itu, mari saksikan short video ketika aku travel di Flores Island  Indonesia baru-baru ini. 
Boleh klik LINK ini untuk terus ke Youtube Channel.






AKU KEMBALI MENULIS BLOG?