Melaka Wedding Photographer Official Website / Blog

Melaka Wedding Photographer (MWP )Official Website

Setelah lebih 5 tahun aku mengunakan Blog personal ini sebagai ruang untuk aku posting segala hasil kerja aku dalam bidang fotografi. Kini aku telah menghasilkan website / blog rasmi untuk memudahkan para pelanggan atau bakal pengantin untuk mengakses gambar-gambar & pakej terkini. Ini supaya ia lebih profesional dan tidak menyamakan ruang blog personal sebagai ruang kerja. Aku harap dengan penghasilan blog baru ini dapat memudahkan aku & para pelanggan untuk mengakses segala hasil kerja, pakej & sebagainya.

Untuk lebih lanjut boleh layari


Buat Header Bertukar-Tukar di Blog

Sudah lama rasanya tidak menukar header yang baru & hari ini aku cuba untuk design header dengan gambar-gambar aku sendiri. Ada sesiapa yang pernah buat header betukar-tukar? kalau nak tahu itulah header yang aku buat & ianya sama seperti header sebelum ini apa yang bezanya cumalah gambar. Header yang baru ini boleh di lihat di atas & ianya dalam format GIF. Software yang aku gunakan adalah Adobe Photoshop & mengambil masa untuk design header baru ini kurang dari 10 minit (jika sudah betul-betul mahir). Macam aku sendiri sudah lama tidak buat header macam ini, jadi agak terhegeh-hegeh & mengambil masa 1 jam!. Huaa!! lamanya!!!. maklum lah aku sudah tidak ingat step by step jadi aku ikut tutoriol dari Youtube.




Header yang lama


Header yang baru

Ok tak header yang baru? Ada sesiapa yang perlukan tutorial step by step untuk buat header seperti ini? kalau ada permintaan aku akan buat tutorial dalam bentuk video supaya lebih mudah untuk anda semua ikut & pelajari dengan lebih tepat.



Perkara Yang Masih Diingati Semasa Aktif Menulis Blog, Ben Ashaari & Nisa Kay.


Mungkin ada yang mengenali aku hanya di Blog ini & mungkin ada yang mengenai aku di Youtube sebagai Vlogger or Creator & Mungkin ada yang mengenai aku sebagai Photographer di Instagram atau di Facbook Page. Dari mana anda mengenai aku, itu semua tetap aku, cuma yang bezakannya dari medium mana yang anda semua mula mengenali aku.

Aku bermula dalam penulisan blog ini pada awal tahun 2010. Tetapi aku bermula aktif pada tahun 2011. Apa yang aku masih ingat sepanjang aku menjadi blogger adalah  blogger terkenal iaitu Ben Ashaari menulis sedikit mengenai aku. Apa yang Ben Ashaari tulis? Pada masa itu aku amat gemar mengedit gambar untuk header blog & header aku telah menarik perhatian Ben Ashaari untuk menulis sedikit mengenainya. Ini adalah Link entri dari Blog Ben Ashaari. 

Nisa Kay? Kenapa dengan Nisa Kay? pada waktu itu aku rajin terjah & komen entri dari blog Nisa Kay. Nak kata aku rapat dengan dia tu tidak, cuma sekadar kawan blogger. Dia pun turut komen pada entri Ben Ashaari mengenai Header di blog aku pada waktu itu.

Disebabkan entri dari Ben Ashaari aku sedikit dikenali oleh rakan blogger lain. Tetapi dikenali sebagai seorang blogger, bukan sebagai photographer.